Thursday, December 8, 2011

Isu Penggunaan Teknologi di Sekolah Luar Bandar



Isu pendidikan merupakan isu yang sering diperdebatkan kerana pendidikan yang akan memacu kemajuan setiap negara. Seiring dengan keamjuan teknologi, pendidikan menggunakan internet merupakan salah satu alternatif bagi menarik minat para pelajar.

Penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dianggap sebagai suatu kemestian dewasa kini. Hal ini kerana, kerajaan telah mula menggalakkan penggunaan teknologi dalam pendidikan bagi memastikan pelajar di Malaysia tidak ketingglalan berbanding dengan pelajar di negara lain. Namun, tak kala kita mengejar kemajuan teknologi dalam pendidikan, penggunaan internet masih menjadi halangan kepada pelajar luar bandar.

Limitasi jaringan internet menghalang perkembangan teknologi dalam pendidikan. Seharusnya, nikmat teknologi yang dinikmati oleh pelajar seharusnya dibahagikan sama rata. Namun dek kerana kekangan jaringan internet, pintu ke arah pembelajaran yang interaktif dan menarik juga semakin terkatub. Selain itu, masalah kekurangan lalatan juga menjadi satu isu yang hangat diperdebatkan kerana pelajar sekolah luar bandar seperti dianak tirikan oleh pihak berwajib.

Nukilan saya ini bukan berniat untuk melukakan dan menyalahkan sesiapa. Tapi, tak kala kita meanak tirikan pelajar- pelajar ini, di manakan kemajuan yang kita cari?




BBM Bukan Eletronik (Model)

Extreme Long Shot


Long Shot

Medium Long Shot

Medium Shot

Medium Close Up

Close Up

Big Close Up

Extreme Close Up

High Angle

Low Angle



Video untuk Membantu Proses Pengajaran dan Pembelajaran


7 LUBANG TERBESAR DI DUNIA



7 KEAJAIBAN DUNIA





EKSPERIMEN AIS KERING





BAGAIMANA INGIN MEMBUAT AIS PANAS




KEAJAIBAN AIR ZAM- ZAM




AIR BERCAHAYA





SUNGAI TERPANJANG DI DUNIA





LAMPU LAVA






10 KES PEMBUNUHAN TIDAK SELESAI





20 KAWASAN LALU LINTAS PALING SESAK DI DUNIA

Thursday, December 1, 2011

Gambar Alat Bantu Mengajar



Kereta Hybrid

Penggunaan kereta hybrid merupakan alternatif untuk mengatasi masalah kekurangan sumber bahan bakar. Enjin kereta konvensioanal menggunakan pembakaran bahan bakar, sama ada petroleum mahupun diesel bagi menjana tenaga untuk menggerakkan kenderaan. Namun, pertambahan kenderaan di seluruh dunia turut memberi impak kepada penggunaan bahan bakar yang tidak boloh diperbaharui yang semakin lama semakin berkurangan. Oleh itu, penggunaan kereta hybrid dianggap sebagai penyelesaian terbaik untuk masa kini bagi mengatasi masalah kekurangan bahan bakar serta masalah alam sekitar akibat pembakaran bahan bakar yang mengeluarkan kadar karbon dioksida yang tinggi. penggunaan sumber tenaga yang terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu bahagian penjanaan tenaga menggunakan tenaga petroleum dan eletrik mampu menjimatkan penggunaan bahan bakar dan pelepasan gas beracun lebih dari 30%.




Letusan Gunung Berapi

Eksperimen gunung berapi ini digunakan bagi melihat reaksi 2 bahan yang berbeza sifatnya. Dalam erti kata lain, kita akan melihat bagaimana 2 bahan kimia bertindak balas antara satu sama lain. Sebelum eksperimen dijalankan. anda perlu menyediakan sebuah replika gunung berapi, sama ada dibuat sendiri ataupun dibeli di kedai- kedai yang menjual bahan eksperimen saijns.

Bahan- bahan untuk "lava" anda ialah
- baking soda
- air
- cuka
- sendok tangan
- cawan
- perasa minuman oren dan sirap
- alas atau dulang pengalas untuk model gunung berapi anda

Cara pembuatan
Cara pembuatan gunung berapi ini sangat mudah. Masukkan air ke dalam replika gunung berapi dan campurkan baking soda secukupnya. Gunakan cawan untuk memasukkan air yang bercampur sirap dan oren. Sekiranya lubang replika anda agak kecil. Kemudian, tambahkan cuka ke dalam larutan tersebut dan lihat bagaimana gelembung muncul dan berwarna seperti lava gunung berapi yang sebenar.

Mengapa?
Gelembung yang terbentuk dan meleleh keluar seperti lava sebenar merupakan gas karbon dioksida yang terbentuk hasil reaksi cuka(asidic) dan soda(alkali) yang membentuk asid bikarbonat yang tidak stabil yang menyebabkan partikal air dan gas karbon dioksida begitu cepat terpisah dan naik ke atas.




Turbin Angin

Turbin angin mampu menjana tenaga alternatif di rumah anda dengan menggunakan angin sebagai sumber tenaga. Jadi, tidak perlulah membayar harga bil eletrik yang tinggi lagi kan?




Projek Kayu: Perhiasan untuk anda
Penyangkut kunci

Jika bosan melakukan projek kertas di dalam kelas, apa kata lakukan projek kayu yang mudah bersama- sama. Anda tidak perlu risau dengan kecederaan kerana aktiviti ini mudah sahaja. Tapak kayu yang ingin digunakan boleh dibeli di kedai. Anda tidak perlu memotong kayu tersebut. Anda boleh beli atau tempah kayu mengikut bentuk yang diingikan. Kemudian, catkan kayu tersebut mengikut cita rasa masing- masing. Gunakan cat kayu kerana cat kayu lebih sesuai untuk projek kayu anda. Kemudian, ambilkan bahagian kayu lain, lebih baik sekiranya kayu tersebut berbentuk silinder. Jika tiada kayu berbentu silinder, pilih sahaja kayu berbentuk apa sahaja, asalkan kayu tersebut mempunyai tapak di bawahnya supaya anda boleh melekatkan kayu tersebut di atas kayu yang telah siap dicat sebelum ini. Setelah siap, anda cuma perlu memasang cangkut di bahagian belakang kayu tersebut. Jika perlu, dapatkan bantuan guru anda ataupun ibu bapa anda supaya anda tidak tercedera.




Glowing in Dark Water

Bahan perhiasan "glowing in dark" selalunya mahal dan sukar untuk dimiliki. Apa kata anda gunakan kemahiran anda bagi menghasilkan perhiasan ini sendiri dengan bajet yang rendah sahaja. Pertama, anda perlu membeli isian semula highlither berwarna kuning. Campurkan sahaja ke dalam air dan kacau sehinga rata. Kemudian, masukkan ke dalam mana- mana bekas. Apabila lampu dipadam, air tersebut bersinar- sinar dalam kegelapan. Jika anda cukup kreatif, jadikan ia sebagai perhiasan meraikan hari jadi kawan anda...





Peta Lakaran- Peta Bahan Kitar Semula


Murid- murid mungkin bosan dengan peta lakaran semata- mata. Apa kata cuba sesuatu yang menarik minat mereka. Peta di atas menggambarkan struktur geografi sesuatu tempat dengan perbezaan fizikal peta tersebut. Dalam erti kata lain, peta itu bukanlah peta yang dipenuhi dengan lakaran dan warna semata- mata, namun terdapat pelbagai struktur geografi pada peta tersebut seperti sungai, bukit dan sebagainya.


Cara pembuatan
Rendam surat khabar lama dalam air semalaman. Kemudian, bentukkan bentuk yang diingini menggunakan kertas surat khabar yang sudah diperah airnya. Bentukkan rupa muka bumi yang diingini perlahan- lahan di atas papan lapis. Pastikan air surat khabar telah diperah sepenuhnya bagi memastikan model muka bumi cepat kering dan lebih tahan lama. Setelah selesai, jemurkan model di bawah cahaya matahari sehingga kering. Warnakan model muka bumi tersebut mengikut gaya dan citarasa masing- masing.




Roket Air


Roket air meruoakan salah satu cara terbaik bagi mengajar murid- murid tentang prinsip tekanan udara. Reka satu roket menggunakan botol plastik. Tuang air sebanyak 3/4 paras botol tersebut. Jangan tutup botol tersebut. Kemudian, pam udara ke dalam botol air tersebut. Minimunkan ruang udara ketika mengepam udara ke dalam air. Selain itu, pastikan kiepala botol terletak ke arah tanah. Lihatlah bagaimana roket anda melayang ke udara.




Bingkai Gambar Menggunakan Bahan Terbuang

Jika anda ingin memberikan cenderamata kepada rakan anda, namun kekurangan bajet, apa kata membuat bingkai gambar yang mudah untuk disediakan. Selalunya, anda hanya perlu mencari bahan ini di sekitar rumah anda sahaja.

Bahan- bahan yang diperlukan
- Kotak
- Majalah lama(lebih baik berwarna)
- Gam
- Selotip
- Plastik jernih(agak keras)

Langkah- langkah yang Perlu Dilakukan
Pertama, lipatkan kotak tersebut kepada 2 bahagian. Kemudian, potongkan kotak tersebut kepada bentuk empat segi tanpa memotong lipatan kotak tersebut yang bertindak pencantum. Jadi, anda tidak perlu menggam bahagian tersebut. Kemudian, pilih mana- mana bahagian dan potong bentuk empat segi, yang dapat memuatkan gambar anda, sama ada 4R, 5R dan sebagainya. Kemudian, catkan seluruh kotak tersebut dengan warna pilihan anda. Setelah cat tersebut kering, mulakan proses menghias bahagian depan bingkai gambar menggunakan majalah lama mengikut kreativiti anda. Setelah selesai, lekatkan plastik keras di bahagian dalam bingkai gambar tersebut, di bahagian meletak gambar. Kemudian, anda boleh mula mencantumkan bingkai gambar tersebut. Namun, pastikan anda tidak menggam bahagian atas bingkai tersebut. jadi, anda boleh meletakkan gambar melalui ruang tersebut. Kemudian, ambik lebihan kotak dan lipatkan supaya menjadi penyokong bingkai tersebut.





Lampu Led


Lampu LED merupakan sesuatu yang tidak asing lagi. Namun apa kata anda bersifat lebih kreatif dengan mereka rekaan anda sendiri menggunakan bahan terbuang lebih- lebih lagi botol kaca yang sangat menarik dan sesuai dengan LED.






Bateri Lemon


Pelik, tapi benar! Lemon boleh menjadi bateri jika anda bijak memanipulasikannya. Sifat asidic dan bahan kimia di dalam lemon boleh menghasilkan voltan atau tenaga eletrik. Anda cuma perlu mewujudkan kutub negatif dan positif menggunakan paku dan duit syiling....

Monday, November 7, 2011

BIODATA DIRI INI...

NAMA: FATIN NADIAH BINTI AHMAD PISAL

NO.MATRIK: A129393

PROGRAM: IJAZAH SARJANAMUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN: PENGAJIAN BAHASA INGGERIS

TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 3

SEMESTER: 1 2011/2012

TUTORIAL:-

HARI: JUMAAT

MASA: 0800-1000

TEMPAT: MAKMAL 3

EMAIL: fatinnadiah19@yahoo.com

FACEBOOK: Fatin Nadiah